Baca@LRT 20 Februari 2010

Assalamualaikum wrt. wbt


Kelab Titian Wahyu menyambut baik usaha murni kumpulan Baca@LRT dalam usaha memupuk budaya membaca di mana-mana di kalangan masyarakat Malaysia. Justeru, Kelab TW dengan berbesar hati menjemput semua ahli-ahli dan juga pelajar UIAM untuk sama-sama turun memberi sokongan kepada usaha murni ini. Bersama tunjukkan bahawa mahasiswa kini merupakan agen perubah masyarakat!

Untuk mendaftar sebagai peserta bagi Baca@LRT ini, klik sini.

Berikut adalah informasi yang telah disebarkan kepada pendokong kempen Baca@LRT di Facebook. Selamat berpartisipasi!! JOM!

Assalamualaikum wrt.wbt

Tuan dan Puan yang dimuliakan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan bagi usaha Baca@LRT, satu usaha 'indie' dalam menggalakkan aktiviti membaca dalam LRT tanpa mengira apa bentuk bacaan sekalipun.

Berdasarkan laporan peserta Januari lalu, kesan Januari telah dapat dilihat sudah ada kelompok yang mula membaca di dalam LRT. Ini adalah usaha tuan dan puan yang dimuliakan bagi mencipta budaya ini.

Tema Febuari ini adalah Sastera, sama ada novel, puisi atau apa sahaja bentuk bahan bacaan personal yang relevan dengan tema ini.

Bagaimana jika saya tidak ada buku bertema sastera?

Kami masih fleksibel dan terbuka. Kehadiran tuan dan puan amat dirindui rakan-rakan Baca@LRT lain dan akan ditunggu-tunggu pada tarikh itu tanpa mengira apa jua bahan bacaan yang akan dibawa.

Mohon izin kepada tuan dan puan bagi mengisi info ringkas di bawah bagi mengesahkan jumlah yang akan turun pada 20 Febuari 2010 bagi usaha Baca@LRT.

Informasi adalah bagi memudahkan tim Baca@LRT melihat pattern jumlah yang pasti hadir pada tarikh tersebut untuk tindakan susulan. Insya Allah semoga dipermudahkan.

Tentatif lengkap akan dimaklumkan.

Ayuh kita ajak rakan dan ahli keluarga menjadikan budaya membaca di tempat terbuka sebagai sesuatu yang 'cool' dan gaya hidup.

Jangan lepaskan peluang yang jarang-jarang berlaku ini. Mana tahu anda bakal berjumpa mereka-mereka yang berkedudukan tinggi dan dihormati semasa program ini. Mereka juga suka membaca seperti anda!



Presiden TW berkesempatan berbincang dan mendengar buah bicara dan kata nasihat dari motivator terkenal, Saudara Fadzli Yusof pada kempen Baca@LRT Januari.

0 comments:

Post a Comment